Hospital Universiti Sains Malaysia telah mengatur dan melaksanakan pelbagai usaha untuk mempromosikan penyusuan susu ibu kepada ibu-ibu khususnya dan komuniti di sekeliling mereka umumnya. Perlaksanaan aktiviti untuk mempromosikan penyusuan susu ibu ini, telah mendapat pengiktirafan WHO dan UNICEF melalui penganugerahan sebagai Hospital Rakan Bayi iaitu sebuah hospital yang menyediakan suasana yang mesra dan menyokong penyusuan susu ibu..
Hospital ini melaksanakan dengan sepenuhnya “10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya” seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) . Kami juga mematuhi amalan Tata Etika Produk Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan dalam usaha mengekalkan pengiktirafan sebagai Hospital Rakan Bayi.
VISI
Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif
Penyusuan Eksklusif Untuk Kesejahteraan Kehidupan Bayi
MISI
Hospital USM merupakan hospital universiti yang menyediakan persekitaran yang mendorong dan menyokong penyusuan susu ibu, dalam usaha untuk memperkasakan kesihatan bayi untuk kesejahteraannya pada hari esok.
OBJEKTIF
Objektif Jawatankuasa Inisiatif Hospital Rakan bayi adalah untuk:
1.Merancang aktiviti penyampaian maklumat berkaitan penyusuan kepada kakitangan dan ibu-ibu, dengan cara yang berkesan.
2.Memberikan sepenuh komitmen untuk mempromosi penyusuan susu ibu kepada masyarakat.
3.Mewujudkan persekitaran yang mesra terhadap penyusuan susu ibu, melalui penyediaan maklumat yang mencukupi serta perkhidmatan asas yang sentiasa tersedia.
Sunday, May 9, 2010
Matlamat penubuhan Rakan Bayi HUSM
Hospital USM telah dianugerahkan sebagai Hospital Rakan Bayi sejak tahun 1998
Mengamalkan Polisi Penyusuan Susu Ibu
Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan SUSU IBU sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun. Makanan pelengkap perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan
Juga menyeru ibu-ibu muslim untuk menyusui bayi mereka berlandaskan ayat Al Quran
Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua
(surah Al Baqarah ayat 233)
Subscribe to:
Posts (Atom)